Resipi Mee, Mihun, Kuey Teow, Laksa dan Spaghetti











MEE KARI CINA

Bahan-bahan:

200gm mee kuning - basuh, celur & toskan airnya

Bahan-bahan kuah:
(A) 3 sudu besar minyak masak
1 tangkai daun kari

Bahan kisar:
3 biji cili kering
2 biji cili merah
3 biji cili api (jika suka)
3 ulas bawang putih
2 bij bawang merah
1 biji bawang besar
50 gm belacan bakar
1 biji buah keras
sedikit udang kering
1/2 batang serai - ketuk
1 ekor ketam - dibelah dua (sy guna sepit ketam)
Sedikit batang pudina
Sedikit serbuk kari

(B) 800 ml santan
200 ml stok ayam

(C) 1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam

(D) 200 gm isi kerang

Hidangan bersama:
100 gm hirisan tauhu goreng
60 gm hirisan bebola ikan
60 gm taugeh
Sedikit daun pudina - sy guna daun sup

Panaskan minyakd alam periuk dan tumiskan daun kari seketika.
Masukkan bahan kisar dan serbuk rempah kari, kacau berterusan kemudian masukkan ketam dan batang pudina.
Kacau lagi supaya bahan tumisan mesra.
Masukkan bahan B dan C. Kacau supaya tidak pecah minyak.
Akhir sekali baru masukkan isi kerang.
Tutup api dan siram kuah di atas mee.
Hias dengan tauhu goreng, taugeh, bebola ikan dan daun pudina


Mee Udang Penang
Bahan-Bahan:
Udang Kertas atau Udang Harimau (15 ekor bersaiz sedang.)
1 paket Mee kuning.
5 Batang sawi.
100 gm taugeh.
1 Kpg tauhu kuning. (siap digoreng dan dipotong nipis)
6 ulas bawang putih.
3 ulas bawang merah.
5 biji cili kering. (Dimesin)
Sos Cili - secukup rasa.
Sos Tiram - secukup rasa.
1 kiub ikan bilis.
Garam, minyak masak.
Kicap cair secukup rasa.
Cara:
Tumiskan cili kering yg dimesin bersama bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau, masukkan kiub bilis, tambah air 1 liter. Masukkan udang yg telah dibersihkan dan didihkan. Masukkan sayuran yg telah dipotong serta taugeh dan kemudian mee kuning. Mee udang ini siap untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Gunakan mangkuk untuk hidangan. Taburkan bawang goreng keatas mee dan sedikit kicap cair. Nikmati lah semasa mee sedang panas.
Tambahan:
Gunakan hanya udang yang segar. Udang yg lama akan menyebabkan bau kurang enak dan menyebabkan gatal gatal apabila kita memakan nya.


Mi Kung Fu 
Bahan-Bahan:
7 ekor udang besar
2 sanggul yee mee
100 gm fish cake
4 inci halia muda
3 ulas bawang putih
1 liter air rebusan ayam
5 keping cendawan cina
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Cara:
Didihkan air rebusan ayam dan masukkan halia, bawang putih serta sedikit serbuk lada sulah.

Kemudian campurkan udang, ayam, fish cake, telur yang telah dipukul, gula dan garam secukup rasa. Masukkan campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Panaskan kuali atau hot plate, masukkan yee mee dan curahkan kuah tadi.


Mee Pattaya  
Bahan-Bahan:
100 gm mi kuning
50 gm udang
50 gm daging ayam (dipotong)
50 gm sotong (dipotong)
50 gm kobis bunga (dipotong)
2 tangkai sawi (dipotong)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
2 biji telur (dipukul)
Minyak masak & garam
Cara:
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih & cili kisar
hingga garing. Masukkan ayam, udang , sotong, kobis bunga & sawi. Masak selam 2 minit. Kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram & mi. Apabila cukup masak, angkat & ketepikan. Panaskan sedikit minyak & dadarkan telur hingga masak. Bubuhkan mi di atas telur tadi & dilipat
bentuk sampul surat.


Sizzling Mee  
Bahan-Bahan:
1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)




300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
Cadangan Hidangan:
Hendaklah dimakan semasa panas-panas. Sedap dimakan bersama cili api yang dipotong kecil yang direndamkan bersama kicap cair yang diperah limau nipis. Selamat mencuba.


Spagetti Marinara mudah  
Bahan-Bahan:
Bahan sos :-

1 tin sup cendawan campbell
1 tin isi ikan tuna (tuna flakes in water)- dilecek
Sedikit lada sulah
Sedikit oregano
300gm spagetti
Sedikit minyak masak
Isi udang atau sotong
2 keping filamen stick (di potong bulat)
Cili padi /merah(ikut suka)
Cara:
Rebus spaggeti di dalam air panas dengan sedikit minyak selama 13 minit. Angkat dan toskan.

Sos:-
Panaskan kuali.Tuang 1 tin sup cendawan campbell ke dalam periuk tambahkan air (1 tin penuh).Kacau supaya tidak bergentel. Masukkan isi ikan tuna, isi udang/sotong dan filamen stick. Biarkan hingga mendidih kemudian tutup api. Campur lada sulah ke dalam sos, kacau hingga sebati dan angkat.
Cadangan Hidangan:
Tuang sos keatas spagetti telah direbus dan ditoskan. Sebelum dihidangkan tabur sedikit oregano dan hirisan cili padi/merah sebagai hiasan.
Tambahan:
Bagi yang alah kepada udang atau sotong, kedua-dua bahan ini boleh diabaikan,ianya tidak mengubah rasa sos marinara.

Peringatan:-
Hanya isi ikan tuna sahaja digunakan air di dalam tin itu tidak diperlukan.



Spaghetti Mummy 
Bahan-Bahan:
Daging/ayam cincang(mince meat) - ½kg.
3 biji bawang besar - potong kiub
3 biji tomato(jangan terlalu masak) - potong kiub
Cendawan butang - 1tin /hiris jangan terlalu nipis
2 tin tomato sop - Heinz/Kimball
1 tin tomato puree
Bawang merah
Bawang putih - di tumbuk bersama bawang merah
Cili Boh - ikut rasa
Gula
Garam
Cara:
1. Tumis bawang merah & bawang putih.
2. Masuk cili boh mengikut rasa.
3. Masuk tomato puree & tomato sop- dikacau
4. Masuk daging cincang sedikit-sedikit - jika tidak nanti berketul.
5. Masuk cendawan butang.
6. Kalau pekat tambah air.
7. Masuk garam & gula.
8. Akhir sekali baru dimasukkan kiub tomato & bawang.
Cadangan Hidangan:
Bila hendak dimakan, masukkan spaghetti yang direbus dan tuangkan kuah.
Tambahan:
Untuk merebus spaghetti:-
Didihkan air didalam periuk & masukkan 2 sudu kecil minyak masak. Barulah dimasukkan spaghetti. Ini untuk mengelakkan spaghetti melekat.

Mee Bandung Utara
Bahan-Bahan:
setengah kilo mee kuning
10 ekor udang/daging
4 sudu makan cili kisar
5 ulas bawang putih(diketuk)
4 sudu besar minyak
garam secukupnya
daun sup dan bawang goreng
cili hijau(hiasan)
4 batang sawi
lobak merah
tauhu (digoreng)
1 keping fish cake
5 biji fish ball
4 mangkuk air (stok daging)
2 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
Cara:
Masuukan minyak, tumis bawang putih dan masukkan cili kisar gaul hingga garing.Masukkan air dan sos cili serta sos tiram. Bila mendidih masukkan garam .
Masukkan udang dan daging dan akhir sekali sawi, karot, fish ball dan kek.
Cadangan Hidangan:
Mee kuning hendaklah direbus dan ditoskan. Masukkan mee dan kuah mee Utara dan hiaskan dengan daun sup bawang goreng dan cili hijau













Mee Bandung Asli Muar  
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan Secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)
Cara:
Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.

Pijarkan minyak dalam kuali

Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing

Masukkan sos tiram

Masukkan udang, daging rebus

Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Cadangan Hidangan:
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)

Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan

Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

Hidangkan.

Mee Burma 
Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
300 gm daging lembu
1 biji kelapa (diperah ambil santannya)
1 sudu besar cili boh
1 biji bawang besar ] tumbuk hingga
1 ulas bawang putih ] lumat
Sedikit halia
3 keping tauhu dipotong empat dan digoreng
1 biji timun di potong bulat dan dihiris
1 batang lobak merah dipotong bulat nipis-nipis
10 biji cili kering digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
Garam serta serbuk perasa secukupnya
Cara:
Pijarkan minyak sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan semua bahanyang telah ditumbuk.

Masukkan cili boh sambil kacau hingga agak garing. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong kacaukan sedikit hingga daging empuk.

Tambahkan garam dan masukkan santan sambil dikacau hingga mendidih. Masukkan tauhu goreng serta serbuk perasa secukup rasa.

Basuhkan mee dengan air panas mendidih sekali lalu. Kemudian hidangkan bersama lobak merah, timun serta kuahnya.

Mee Kari Nyonya
Bahan-Bahan:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci halia
(ketiga-tiga bahan ini di kisar halus)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/1 inci halia
(dimayang halus)

1 batang bunga kantan (di potong halus)
2 paket kecil serbuk kari ayam/daging
3 sudu besar cili boh
santan kelapa dari 1 ½ biji kelapa
air asam jawa secukupnya
garam
gula
ajinomoto
air asam jawa
minyak

p/s: gaulkan bahan yang dikisar halus bersama serbuk kari.. bahagi kepada dua bahagian.. satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam yang dipotong
bahan isi:
3 ketul fishcake
1 paket fishball
500 gm ayam (dipotong halus)
6 keping tauhu kering (dipotong 4)
150 gm isi kerang

sedikit kacang panjang (dipotong dalam anggaran 1 inci kira-kira satu mangkuk)

bahan mee:
2 bungkus mee kuning
100 gm taugeh
100 gam sawi
(ketiga bahan ini di celur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
2 biji cili merah (dipotong nipis)
3 biji telur (direbus)
bawang goreng
daun sup
daun bawang
limau nipis
Cara:
Mula² tumis bahan yang telah dimayang hingga kuning.. kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yg telah dicampur dengan bahan kisar... masak hingga garing. Masukkan cili boh dan goreng hingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.. kacau 2 min dan masukkan ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi. masukkan sedikit air dan sedikit santan cair... masak hingga ayam separuh masak

Bila ayam sudah separuh masak.. masukkan bahan isi (kecuali kacang panjang) dan santan. letak bahan perasa secukupnya. masak dalam 5-10 min dan masukkan kacang panjang. terus matikan api.. kuah yang panas tadi akan memasakkan kacang panjang. jadi ia tidak terlalu masak dan lembik
Cadangan Hidangan:
semua bahan tadi boleh dihidangkan mengikut citarasa.
Tambahan:
kalau inginkan lebih pedas boleh dibuat sambal kering.. caranya masak cili boh hingga garing dan letakkan sedikit asam keping dan bahan perasa



Mee Hailam 
:
Bahan-Bahan:
300 gm mee
½ cawan tauge
5 batang sawi
100 gm kerang
200 gm udang basah
5 sudu kicap
1 sudu tepung ubi
10 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah
1 sudu besar cili boh
3-4 sudu minyak
Cara:
Tumbuk bawang merah & putih. Panaskan minyak & tumiskan bawang bersama cili boh. Masukkan kicap, tepung ubi & cawan air. Masukkan mee, tauge, kerang, udang & sawi, kacau hingga masak lalu diangkat.
Cadangan Hidangan:
Hiaskan dengan cili merah.


Mee Goreng Basah 
Bahan-Bahan:
500gm mee kuning (celur 5 minit)
100gm ayam (bahagian dada; potong dadu
100gm udang kecil
100gm sotong kecil
Daun Kucai dipotong 2 cm (beberapa helai)
1 camca tepung jagung (bancuh dgn 2 sudu air masak)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Kicap masin secukup rasa
3 sudu minyak masak
Garam (terpulang:biasanya tidak perlu)
Setengah cawan air masak
Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bila naik bau letak ayam, udang dan sotong.

Bila separuh masak, masukkan bahan sos diikuti air masak. Kemudian masukkan mee serta daun kucai.

Kemudian, kicap dan akhir sekali bancuhan tepung jagung.
Cadangan Hidangan:
Taburkan bawang goreng
Tambahan:
Jangan sekali-kali letak bawang merah kerana ianya jadi kurang enak.


Mee Kari Special 
Bahan-Bahan:
8 biji bawang merah}dikisar halus
3 biji bawang putih} dikisar halus
1 peket serbuk kari daging
2 sudu besar cili giling@cili boh
1 bungkus mi kuning-dicelur
Tauge (50 sen)-dicelur
Sawi-dicelur
Daun kobis- dipotong
Daun kesum
1 batang bunga kantan-dihiris kasar
Cili api
Bawang goreng
Sedikit air asam jawa
Garam
Minyak untuk menumis
2 keping tauhu-dipotong kecil
300g udang(mula-mula dibuang kulit, kulit udang di cuci sekali, dikisar halus, dan ditapis airnya)
200g isi kerang
300g daging
1 keping kek ikan(fishcake)-dipotong
4 biji bebola ikan(fishball)-dibelah empat
4 biji telur direbus
Santan dari 1 biji kelapa
Sedikit air
Cara:
Mula-mula tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sedikit air bersama cili giling dan serbuk kari. Setelah, kedua-duanya masak dan berwarna agak gelap sedikit, masukkan air asam jawa dan air rebusan kulit udang tadi bersama daging dan 1/4 daripada santan kelapa. Biar sehingga daging empuk. Kemudian, masukkan udang, kerang, tauhu, bunga kantan, daun kesum, daun kobis, kek ikan, bebola ikan dan baki santan tadi. Biarkan menggelegak sambil dikacau-kacau kuahnya supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mi kuning, sawi,tauge,telur rebus ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah mi ke atasnya. Hiaskan dengan cili api, daun bawang dan bawang goreng.



Mee Rebus 
Bahan-Bahan:
Kuah :
(Kisar bersama)
30 tangkai cili kering (direndam)
¾ cawan udang kering
15 ulas bwg merah
5 ulas bwang putih
1" kunyit hidup
1" halia
1 sd besar jintan manis

Tumisan :
1 cawan minyak
4 biji bwg besar kuning - hiris halus
5 batang serai dititik
2" lengkuas - dititik

Kisar :
¾ cawan taucu

1 paket rempah kari ikan
4 sd besar gula
1.2 kg keledek ungu - direbus dgn 1 liter air dan kisar dgn air rebusan
600 gm daging - hiris dan rebus dgn 1.5 liter air
400 udang - rebus dan kisar
1 sd besar garam atau secukup rasa
sedikit serbuk perasa
Bahan taburan :
(Kuih udang)
500 gm tepung
½ cwn udang kering - kisar
1 biji bwg besar - bersama
1 paket yis kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut
(Gaul semua bahan kecuali garam hingga sebati kemudian masukkan garam - diamkan ½ jam dan lelekan dgn senduk supaya nipis dalam minyak panas, bila garing toskan minyak dan potong nipis - kuih ini sepatutnya garing)

Bahan lain :
10 biji telur - direbus dan belah dua
Hirisan daun sup & daun bwg
potongan limau nipis/limau kasturi
Hirisan cili merah & hijau (atau cili jeruk)
Sawi - dicelur - optional
600 gm tauge - dicelur
10 keping tauhu - digoreng dan hiris
3 bungkus mee kuning - dicelur
bawang goreng
(Masakan ini untuk lebih kurang 10 org)

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan titik (serai & lengkuas) dan tumis hingga wangi. Masukkan bwg hiris dan kacau hingga kuning hingga menyerupai bawang goreng-ini adalah untuk menghasilkan kuah yang lebih pekat dan wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak dan garing, masukkan rempah kari (tak perlu bancuh dan tumis sekejap, masukkan taucu kisar, tumis hingga sebati, masukkan bahan ini kedalam rebusan daging yang mendidih dan kacau, masukkan juga udang rebus kisar-gunakan air rebusannya sekali, keledek rebus kisar, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan mendidih perlahan-lahan hingga pekat.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee kedalam mangkuk, taburkan tauge, kuih udang, tauhu dan bahan taburan lain, tuangkan kuah yang panas dan hidangkan.
Tambahan:
Penggunaan bwg yang banyak akan memekat dan mewangikan kuah begitu juga dengan keledek. Gunakan setiap air rebusan untuk hasil yang lebih baik.


Mee Rebus Sungai Dua 
Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
300 gm tauge
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Sediit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
Air secukupnya
Bahan Kuah:
2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sudu besar cili kisar
230 gm udang kering
200 gm serbuk kari daging
2 biji kentang (direbus & dipotong nipis)
8 ulas bawang putih (dikisar A)
3 batang serai (dikisar A)
Sedikit halia (dikisar A)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan dikisar (A) & cili kisar hingga garing. Masukkan udang kering & serbuk kari. Masak selama 2 minit. Kemudian, masukkan keledek & kentang. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih. Angkat dan hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee ke dalam mangkuk. Bubuhkan serba sedikit tauge, tauhu goreng, cili merah, daun bawang, telur rebus & limau nipis. Tuangkan kuah panas hingga penuh & taburkan bawang goreng.





Laksa Mee Pangkor Original
Bahan-Bahan:
Bahan A
1. laksa mee (selalu ada kat kedai ubt cina) kalau takde ganti ngan mee kuning.

Bahan B
Untuk sup
1.ikan kembung/ketam.
2.sayur sawi
3.daun sup
4.bawang putih
5.bawang merah

Bahan c
Untuk sayur
1.kacang panjang
2.lobak masin
3.sotong kering
4.bawang putih
5.bawang merah
6.kicap masin /manis

Bahan D
Untuk sambal
1.cili giling
2.bawang putih
Cara:
cara-caranya:
membuat kuah
panaskan minyak
masukkan bawang puti dan merah tumis sehingga garing
masukkan air
masukkan ketam
bila mendidih masukkan sayur ,garam dan perasa.

membuat sayur

panaskan minyak ,masukkan bawang puting dan merah goreng garing masukkan lobak masin,sotong kering,kacang dan kicap manis.

membuat sambal
panaskan minyak masukkan bawang putih dan cili gilang goreng sehingga garing ,masukkn garam secukup rasa.

rebus mee seperti biasa dan hidangkan
Cadangan Hidangan:
letak mee dlm pinggan,bubu sayur,letak sambal dah kuah..
Tambahan:
sotong kering menambah rasa sedap sayur.


Laksa Johor   
Bahan-Bahan:
Bahan Kuah:
600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)
2 liter air rebusan ikan
1 sudu besar pes udang
1 sudu kecil cili kisar
2 batang bunga kantan
2 tangakai daun kesum
2 keping asam gelugur
4 ulas bawang merah (dikisar)
Sedikit halia (dikisar)
600 gm laksa (direbus)
1 biji timun (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai daun salad (dihiris)
1 batang bunga kantan (dihiris)
1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara:
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

Laksa Kedah 
Bahan-Bahan:
½ kg laksa
Belacan sebesar ibu jari
1 tin sardin
1 biji timun(dihiris)
10 biji cili api (dihiris)
2 kuntum bunga kantan
4 tangkai daun kesum
Sedikit daun pudina
Garam secukupnya
½ kg ikan kembong
25 biji cili kering
2 labu bawang besar (dihiris)
2 cili merah(dihiris)
1 pokok daun salad (dihiris)
¼ kg udang basah
5 keping asam gelugur
Cara:
Ikan direbus dengan sedikit garam. Asingkan isinya kemudian dimesin. Cili kering dimesin bersama belacan kemudian campurkan ke dalam ikan yang telah bercampur dengan air, masukkan udang basah dan masak di atas api. Masukkan ikan sardin yang telah ditumbuk ke dalam kuah tadi, daun kesum, bunga kantan dan asam gelugur, masaklah kira-kira setengah jam. Apabila telah masak, hidangkan bersama sayuran tadi.


Laksa Kelantan  
Bahan-Bahan:
1 kg ikan kembung rebus
200 gm bawang merah
80 gm bawang putih
80 gm halia
80 gm cili padi
40 gm belacan
4 batang bunga kantan
4 ikat daun kesum
2 batang serai
3 keping asam keping
4 liter santan pekat
garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak dan masukkan ikan kembung rebus yg telah ditumbuk lumat, bawang merah,bawang putih,halia,cili padi, belacan, bunga kantan,daun kesum, serai & asam keping serta air.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan pekat.Gaul sebati& kacau sehingga pekat.


Laksa Penang 
Bahan-Bahan:
250g Laksa (1 bungkus) - direbus dan toskan.
1 kg ikan sardin
2 kuntum bunga kantan
2 biji timun
2 biji bawang besar
2 keping asam keping
Daun kesum
Cili api
Garam secukupnya
10-15 tangkai cili kering
5 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
Cara:
Ikan sardin direbus bersama sekeping asam keping dan sedikit garam.

Buang tulang ikan. Air rebusan ikan jangan dibuang. Kisar ikan bersama air rebusan tadi.

Kisar semua bahan kanan. Campur bahan Kiri -ikan,bunga kantan, daum kesom,2 keping asam keping, air dan bahan kanan. Masak hingga menggelegak.


Laksa Perak  
Bahan-Bahan:
Bahan A:
10 ekor ikan sardin saiz sederhana

Bahan B:
7 cili kering

Bahan C:
4 ulas bawang besar

Bahan D:
2 keping asam keping
4 batang daun kesom
1 helai bunga kantan
Bahan E:
Limau nipis
Cili padi
Bunga kantan
Daun salad
Timun
Daun pudina
Bawang

Bahan F:
Mee laksa (basah/kering)

garam secukup rasa
Cara:
Langkah 1:
1.Bersihkan ikan dan rebus ikan tersebut.
2. Asingkan isi dan tulang dari ikan.
3. Simpan air rebusan ikan.
4. Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan.(jangan dikisar sampai lumat)
5. Letakkan hasil kisaran tadi di dalam bekas.
6. Kisar tulang ikan dengan baki air rebusan.Toskan.
7. Kisar sekali lagi tulang ikan tersebut dengan air biasa.Toskan.Pastikan tiada lagi isi pada tulang ikan.
8.Campurkan hasil yang ditoskan tadi dengan isi ikan yang telah dikisar terlebih dahulu ke dalam periuk.

Langkah 2:
9. Blend cili kering hingga lumat.Asingkan.
10. Blend bawang besar sehingga lumat.
11. Maukkan kedua-dua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk .Gaulkan hingga sebati.
12. Letakkan peiuk di atas api.
13. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping yang telah dibersihkan.
14. Biarkah ia mendidih sehinnga naik minyak.Masukkan garam secukup rasa.
15. Di dalam periuk yang lain, celurkan mee laksa tadi.
16. Apabila telah masak, hidangkan laksa bersama bahan E.
Cadangan Hidangan:
Sesuai di makan pada waktu petang



Laksa Sarawak 
Bahan-Bahan:
BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Tambahan:
Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Tetapi percayalah, laksa Sarawak merupakan laksa paling sedap berbanding laksa yang lain!


Laksa Terengganu  
Bahan-Bahan:
½ kg laksa tepung beras
2 biji timun (dihiris)
2 pokok daun salad (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
¼ kg tauge
Seikat daun kesum
2 biji limau nipis
10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu dimesin)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
1 camca besar lada sulah
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
3 camca besar kerisik
4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa
Cara:
Ikan yang telah dimesin, dicampurkan bersama santan. Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah. Masak hingga menggelegak, kemudian angkat. Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.


Laksa Pulau Pinang  
Bahan-Bahan:
1 kg mee laksa
Air garam yang mendidih (dicelur)
90 gm asam jawa (diperah airnya,ditapis)
1.2 leter air
4 keping asam gelugur
10 tangkai daun kesum (dipetik daunnya)

Bahan Hiasan:
1 biji sedang nenas (dikupas kulitnya,dibuangmata & empulurnya serta dipotong dadu)
500 gm timun ( dibuang kulitnya *& empulurnya & dihiris tipis bulat-bulat)
30 gm daun pudina
125 gm bawang besar (dipotong dadu)
5 batang lada hijau (dihiris tipis)
6 batang lada merah (dihiris tipis)
60 gm (daun bawang kucai)(dihiris halus)
2 sudu petis
¼ cawan air panas (dicampurkan)
1 tangkai bunga kantan(dibelah dua)
1 ½ sudu gula pasir
Garam secukup rasa
750 gm ikan parang (disiang)

Bahan Giling:
250 gm bawang merah
5 batang serai
2 cm kunyit hidup
15-20 batang lada kering (direndam & ditoskan)
2 cm belacan (dibakar)
1 ulas bawang putih
Cara:
Masukkan air asam jawa,asam gelugur,daun kesum,bunga kantan,gula & garam ke dalam sebuah kuali enamel. Didihkan selama 10 minit. Masukkan ikan & kecilkan api. Biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga masak,Kemudaian keluarkan dari kuah itu. Sejukkan sedikit. Buangkan kulit & tulangnya serta kikis isinya. Sementara itu, Masukkan pes giling ke dalam kuah & terus didihkan perlahan-lahan selama 1 jam. Keluarkan daun kesum & bunga kantan.Masukkan semula isi ikan itu kedalam kuah. Biarkan sampai mendidih & rasa garamnya.
Untuk menghidangkan:
Isikan sebahagian daripada mee laksa itu ke dalam sebuah mangkuk.Tuangkan kuah panas itu ke atasnya & bubuh sedikit daripada tiap-tiap bahan hiasan.Hidangkan segera sementara ia masih panas.
Cadangan Hidangan:
Untuk 4-6 orang saja


Laksam Pasir Puteh,Klate 
Bahan-Bahan:
laksam
1. 500 gram tepung beras
2. 1 sudu tepung ubi
3. 1 sudu tepung gandum
4. 1 cawan air suam
5. 5 - 6 cawan air sejuk

ulam - kacang panjang,taugeh, timun,bunga kantan,daun kesum,
Kuah
1. 1 kilo ikan sardin (rebus, asingkan tulang dan isi) tulang dikisar utk mendapatkan airnya (tapis)
2. 1 biji kelapa (santan)
3. 5 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih, 1 cm halia.( di kisar bersama santan dan isi ikan.)
4. 2 sudu lada hitam (kisar dan tapis airnya) 3 keping asam .
5. garam, gula secukup rasa.
Cara:
1.bahan utk laksam dicampur sebati.tuangkan sedikit demi sedikit diatas loyang atau tudung periuk yg tlh disapu minyak.kukus. laksam akan menggelembung apabila ia cukup masak.
2. pastikan sejuk dan gulung.
3. Kuah. Masukkan semua bahan yang dikisar bersama santan dan asam keping sehingga mendidih.
4. masukkan air lada hitam, garam dam gula
5. kacau jgn dibiarkan berketul.
Cadangan Hidangan:
makan bersama ulam.





Mee Bandung  

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.


Bihun Sup 
Bahan-Bahan:
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara:
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm. Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi. Masak selama 1 jam. Celur bihun dan ketepikan. Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan. Mayang bawang merah dan goreng. Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus. Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin. Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan. Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge. Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.


Bihun Nam Pla  
Bahan-Bahan:
1 paket bihun (direndam),
½ cawan isi ayam dipotong kecil,
udang -terpulang banyak mana,
Cendawan( tak kisah apa2 cendawan),
6 biji cili api (ditumbuk)
½-1 biji bawang besar (dipotong bulat2)
1-2 susu besar sos ikan,
1 sudu sos tiram,
sedikit air
sedikit garam,
sedikit kiub pati ayam (ikut citarasa)
Taugeh,
Kobis,
boleh letak rencah lain-daging, sotong,fishball dll.
Cara:
panaskan minyak, masukkan cili api yang ditumbuk, isi ayam, udang,cendawan atau rencah lain dan sedikit air, kacau rata-rata dan masukkan sos ikan, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam kacau hingga sebati baru masukkan bawang besar tadi. Tambah lagi sedikit air supaya bihun kelihatan basah atau lembab.Kemudian masukkan taugeh dan kobis, kacau lagi jika bihun kering tambah air.
Cadangan Hidangan:
Enak dihidangkan bersama cili jeruk. Manakala daun sup, daun bawang sebagai hiasan.

Char Keow Teow - Penang Style 
Bahan-Bahan:
1 Senduk Kecil Minyak Masak
½ Biji Bawang Putih (potong halus2)
1 Biji Telur
4 Ekor Udang (Byk pon tak per)
1 Sudu Cili (Boh @ Giling)
1 Genggam Keow Teow(Pilih paling halus)
1 Genggam Taugeh
1 Senduk Kicap Char Keow Teow
Sedikit Kucai
Cara:
1)Panaskan Minyak
2)Masukkan Udang + Bawang + KeowTeow + Cili pastu kacau selama 10saat
3)Masukkan Taugeh + Kucai, kacau sikit dan terus tutup api.
4)Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak, takder kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)
Jangkamasa masak : 40saat (tgk besar mana korang pasang api)
Kueteau Goreng Tomyam 
Bahan-Bahan:
1 kg kueteau
200 gm tauge
120 gm daun kucai (dipotong)
100 gm daging ayam (dipotong)
100 gm sotong (dipotong)
100 gm udang
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 biji cili padi (ditumbuk)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 ½ sudu besar pes tomyam
Sedikit garam & minyak masak
Air secukupnya
Cara:
Panaskan sedikit minyak masak & gorengkan kueteau sekejap. Angkat & toskan minyaknya. Tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan udang, daging ayam & sotong. Kemudian masukkan sedikit air, pes tomyam, garam, sos tiram, sos ikan & cili padi. Akhir sekali, masukkan kueteau, tauge & daun kucai. Masak selama 5 minit. Angkat & hidangkan.


Laksa Antarabangsa 
Bahan-Bahan:
Bahan:
Sepeket spagheti atau laksa
1 tin Sardin/Mackerel
10-15 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 serai
minyak
2 sudu kerisik
2 sudu rempah kari ikan
½ tin susu cair @ 1 kotak santan M&M
Garam dan gula
2 asam keping
Timun(hiris memanjang)
Salad(hiris)
Cili merah dan cili padi(hiris)
bawang goreng
Cara:
- Rebus spagheti atau laksa hingga masak, tos dan ketepikan
- Kisar cili, bawang, bawang putih, lengkuas dan serai kemudian tumis bersama rempah kari hingga garing dan pecah minyak
- Semasa menumis untuk menghasilkan warna yang cantik masukkan sesudu gula
- Bila rempah dah masak, masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan sardin yang telah dikisar bersama air(sos sardin ditoskan dulu supaya kurang hanyir).
- Masukkan kerisik dan asam keping, dan didihkan 5 minit. Sesuaikan rasanya, jika suka tambah serbuk perasa. Masukkan susu cair(evaporated milk) atau santan. Sesuaikan rasanya.
Cadangan Hidangan:
Letak sedikit spagethi/laksa didalam mangkuk, tabur timun, salad,cili merah/padi, bawang goreng. Tuang kuah secukupnya.
.